Isnin, 23 Mac 2009

Selasa, 17 Mac 2009

Ahad, 15 Mac 2009

Jumaat, 13 Mac 2009

Terapi kekeluargaan - Modul pemulihan yang berkesan

Program Pemulihan berasaskan modaliti TC di negara ini mula dipraktikkan sejak tahun 1974 di Institusi Pemulihan Dadah Persendirian iaitu di Yayasan Pertolongan, Batu Gajah, Perak. Selepas itu, Modaliti TC mula dilaksanakan di kalangan banduan di Jabatan Penjara mulai tahun 1992 dan di Rumah PENGASIH Malaysia pada tahun 1994. Kini ia dilaksanakan dengan jayanya di Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi (Persada) Sungai Besi dengan jayanya. ikuti laporan lengkap mengenai program berkenaan.
PROGRAM Pemulihan TC menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Penekanan kepada sistem dan elemen kekeluargaan memainkan peranan penting membantu mempercepatkan pemulihan pengguna dan penagih.
Modaliti ini dilaksanakan di Persada Sungai Besi pada 1 Mac 1999.
Sejak itu, penghuninya menampakkan kesungguhan dalam mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan.
Malah, mereka dapat memainkan peranan secara berkesan untuk mewujudkan suasana kekeluargaan seperti sikap prihatin, hormat menghormati, mengambil berat, bantu-membantu dan saling tegur-menegur antara satu sama lain.
PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN TERAPI KEKELUARGAAN
Defisini Terapi Kekeluargaan
Terapi Kekeluargaan adalah satu proses menolong penghuni menerima semula realiti dan dapat mengubah tingkah laku atau sikap ahli dalam kumpulan dan komuniti secara keseluruhannya.
Proses menolong ini boleh dilakukan dalam bentuk individu dan kelompok.
Walau bagaimanapun cara kelompok adalah lebih berkesan kerana penekanan diberi kepada setiap individu untuk berubah, menerima, bertolak ansur dan sebagainya.
Sistem dan elemen kekeluargaan dapat mewujudkan suasana pemulihan yang kondusif dan berperanan untuk membantu mempercepatkan proses perubahan dan pemulihan di kalangan pengguna dadah.
Objektif Terapi Kekeluargaan
a) Merawat dan memulihkan pengguna dadah supaya bebas dari pergantungan fizikal dan psikologikal terhadap dadah.
b) Membawa perubahan nilai, sikap, tingkah laku dan menstrukturkan semula personaliti pengguna dadah.
c) Membantu pengguna dadah membina dan mengamalkan gaya hidup sihat.
d) Mengintegrasi semula pengguna dadah ke dalam amsyarakat sebagai anggota yang, berguna dan produktif.
Pendekatan Terapi Kekeluargaan
a) Modaliti Terapi Kekeluargaan menggunakan pengaruh rakan sebaya sebagai pendorong, penggalak dan pendesak dalam perubahan tingkah laku penghuni.
Modaliti ini menekankan tiga elemen sebagai teras pemulihan untuk membawa perubahan diri iaitu contoh teladan (role model), tekanan dan sokongan rakan sebaya (peer pressure support) dan ikatan kekeluargaan (family millieu).
Penghuni diberi tanggungjawab merancang, mengatur dan mengurus aktiviti seharian berasaskan nilai dan suasana kekeluargaan.
Nilai dan suasana yang diwujudkan dalam sistem kekeluargaan ini jelas sekali bertepatan dengan keperluan psikologi pengguna dadah yang inginkan penerimaan, perhatian, kasih sayang, sikap perihatin, bimbingan dan nasihat, teguran dan peneguhan yang positif terhadap perubahan dan pencapaiannya.
b) Setiap individu di dalam komuniti mempunyai peranan yang besar bagi membantu perubahan penghuni.
Oleh yang demikian dalam sistem kekeluargaan, diberi penekanan kepada ciri-ciri, nilai dan sikap membantu diri dan saling bantu-membantu serta memperingati antara satu sama lain (Man Help Man To Help Himself).
Keadaan ini dapat mewujudkan tekanan rakan sebaya.
Teguran dan tekanan kepada penghuni yang tidak mahu membuat perubahan dibuat oleh rakan-rakannya sendiri.
Bantuan yang diterima dari rakan-rakan serta ahli keluarga lain dapat menyedarkan penghuni memahami kelemahan dirinya.
Apabila kesedaran ini timbul, perubahan terhadap cara berfikir dan berperasaan dapat membantu perubahan tingkah laku individu ini.
c) Di dalam Terapi Kekeluargaan unsur dendaan dan ganjaran atau pun unsur promotion dan demotion memainkan peranan penting dalam membantu merangsang dan mempercepatkan perubahan tingkah laku penghuni.
Penghuni dapat mempelajari tingkah laku pro-sosial dan meninggalkan tingkah laku anti sosial.
Alat terapi (tools) atau cara memberi dendaan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh penghuni adalah perlu berbentuk pengalaman pembelajaran (Learning Experience).
Begitu juga dengan sistem ganjaran yang diberikan dapat mewujudkan semangat dan meningkatkan motivasi kepada penghuni bagi memajukan diri dan berkembang dengan lebih cepat.
d) Bagi melaksanakan unsur 'promotion' dan `demotion' sistem hierarki yagn jelas perlu diwujudkan dalam persekitaran pemulihan.
Oleh itu penghuni dapat mengenal pasti kelemahannya serta perubahan sikap perlu dilakukan untuk mencapai suatu tahap yang lebih selesa dan seterusnya mengekalkan keadaan ini.
e) Unsur penting yang diberi penekanan dalam TC ialah setiap individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku dan tindakannya ke atas dirinya atau orang lain untuk pembangunan peribadi.
Secara tidak langsung individu mampu membuat keputusan memilih kehidupannya.
Kesediaan menerima tanggungjawab dan memperbaiki kelemahan diri adalah faktor penting untuk menjana kejayaan dalam proses pemulihan.
Ikatan kekeluargaan yang kuat dan selamat antara rakan-rakan senasib boleh menjadi penggerak utama untuk merangsang perubahan dan pembinaan semula sahsiah diri penghuni dan seterusnya menggalakkan individu berubah dari keadaan lemah dan berputus asa, kepada perasaan dihargai dan hidup lebih bermakna.
f) Terapi kekeluargaan juga mempunyai falsafah teras dan falsafah tersirat yang perlu difahami, dihayati dan diterjemahkan ke dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat.
Tahap kesedaran dan penghayatan yang tinggi terhadap falsafah-falsafah ini akan membantu mempercepatkan seseorang penghuni untuk mencapai matlamat kepulihan secara total.
Falsafah ini sentiasa menjadi rujukan serta dilafazkan setiap hari sebagai pemangkin kesedaran diri yang hakiki.
g) Bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk memudahkan proses perubahan dan pemulihan klien, empat peraturan teras diberi penekanan mutlak kepada penghuni iaitu:
i. Tiada dadah dan sejenis dengannya
ii. Tiada seks dan sejenis dengannya
iii. Tiada keganasan, kekerasan dan sejenis dengannya
iv. Tiada vandalisme
h) Terdapat empat elemen yang saling berkaitan dalam kehidupan seharian setiap manusia.
Justeru itu aktiviti rawatan dan pemulihan penghuni perlu mengambil kira setiap elemen ini bagi melahirkan insan yang lengkap dalam menjalani proses pemulhan.
Elemen tersebut adalah seperti berikut:
i. Pengurusan pembentukan tingkah laku
ii. Perkembangan intelektual dan kerohanian
iii. Perkembangan emosi dan psikologi
iv. Perkembangan vokasional dan kemahiran hidup
Setiap elemen ini mempunyai alat-alat terapi yang tertentu untuk mengubah tingkah laku penghuni.

Khamis, 12 Mac 2009

Rabu, 11 Mac 2009